10 Fakta ‘Rare’ Tentang Syed Mokhtar Yang Ramai Tak Tahu

Pasti ramai mengenali tokoh korporat bernama Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary kan? Tapi adakah anda tahu tentang 10 fakta ‘rare’ ini?
Jom baca sampai habis!

1) Mula perniagaan seawal usia 19 tahun
Mengejutkan – perniagaan pertama beliau adalah jual beli lembu dan kerbau. Kini, Tan Sri Syed Mokhtar dikenali sebagai seorang usahawan serbaguna kerana perniagaannya merangkumi pelbagai sektor termasuk pengangkutan, perladangan, pembangunan hartanah, pengurusan pelabuhan, dan banyak lagi. Keupayaan beliau untuk berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan adalah sesuatu yang luar biasa.
2) Ditegur oleh PM ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Terkini! Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan beliau menerusi syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyalurkan peruntukan RM10 juta kepada pesawah miskin dan RM50 juta tahun hadapan (2023) serta menegur Syed Mokhtar agar mengurangkan tindakan memonopoli beras dalam negara.
3) Penyumbang kepada Pembangunan Pendidikan di Kedah
Beliau telah menyumbangkan secara besar-besaran untuk pembangunan pusat pengajian tinggi dan sekolah-sekolah di Kedah. Salah satu contoh adalah penyumbangan untuk pembinaan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) adalah institusi pengajian tinggi terkemuka di Kedah yang mendedikasikan diri kepada pengembangan pendidikan. UiTM pun beliau jadi penyumbang utama tau!
4) Kewarganegaraan Kehormat
Pada tahun 2009, Syed Mokhtar al-Bukhary dianugerahkan kewarganegaraan kehormat oleh Pakistan atas sumbangan beliau kepada pembangunan ekonomi dan kebajikan di negara tersebut. Ini juga dapat dilihat sebagai pengiktirafan atas hubungan yang erat antara beliau dan Pakistan walaupun beliau adalah warganegara Malaysia.
5) Nilaian 7.03 billion
Kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dianggarkan sebanyak 7.03 billion. Mana tak banyaknya! Syed Mokhtar memiliki 49% pegangan saham dalam Lotus melalui Etika Automotive Sdn Bhd. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain iaitu gula. Kemudian, perniagaan beliau berkembang kepada pembekal beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bukan itu sahaja – pakaian, perkapalan, projek swasta, Yayasan Albukhary. Kalau nak sambung cerita lagi, memang banyak weh!

6) Gaji pertama beliau beliau beri kepada ibunya separuh dan separuh lagi kepada orang yang tidak mampu.
7) Beliau HANYA menggunakan sebuah kereta PROTON PERDANA kemana sahaja beliau pergi dan mempunyai seorang pemandu setia dengannya yang juga bertindak sebagai ‘bodyguard’ oleh kerana dia tidak mempunyai pengawal peribadi yang lain.
8) Kadangkala, beliau hanya berkain pelikat dan berselipar keluar bersiar-siar sehingga orang tak percaya itu adalah orang Melayu terkaya di Malaysia.
9) Beliau seorang yang tidak sukakan populariti, jarang kita nampak beliau di kaca TV atau sebagainya malah kebaikan yang dilakukannya pun ramai tidak tahu sehingga mendatangkan fitnah seperti hari ini.
10) Beliau ada membina KOMPLEKS AL-BUKHARI di Alor Setar dan disinilah terletaknya rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua, tadika, sekolah, universiti dan sebagainya yang ditanggung penuh oleh beliau.
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah seorang tokoh usahawan bumiputera berjaya yang wajar dicontohi.
Lebih membanggakan, nama beliau sekali lagi termasuk dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia yang dikeluarkan oleh Forbes 2023. Antara nasihat penting beliau buat para usahawan;
“KEKAYAAN ini Allah berikan kepada saya untuk membantu orang lain pula. Saya percaya kepada KEBERKATAN rezeki. Hari ini kita bantu orang, esok lusa orang akan bantu kita pula dengan cara yang lain.”
Artikel Lain
Feedback Klien Tentang Servis PETROLICENSE
APA KATA KLIEN? "KeTEPATan dan keCEKAPan PETROLICENSE dalam menguruskan permohonan lesen PETRONAS...
PETRONAS Bukan Sekadar Jual Minyak Petrol Sahaja..
Bila sebut pasal PETRONAS mesti orang duk ingat minyak petrol ja. Kalau yang advance sikit pun...
PLMS: Sebuah Sinar Baru Untuk Bisnes Anda
Masih ragu-ragu dengan PLMS? Jangan risau. Percayalah, kami akan sentiasa bersama anda dalam...


