10 Sebab Ekonomi Melayu Lemah?

“Orang Melayu ni, berniaga sikit, berjaya sikit, hantar santau. Mudah dengki…”
“Melayu ni tak sokong member maat. Member berniaga, minta murah atau minta free terus.”
“Sikit-sikit rasuah, sikit-sikit rasuah.”
Haa, pernah dengarkan pernyataan begini? Tapi hari ni bukan itu yang kami kongsikan. Ada beberapa sebab kenapa kita lihat bangsa lain lebih hebat berbanding bangsa Melayu yang sekian lama berada di Malaysia.
1) Kurang Ilmu Dalam Pengurusan dan Aliran Kewangan Syarikat
Pembunuh utama dalam sesebuah perniagaan. Mereka berfikir, mereka sudah cukup hebat apabila mewarisi kekayaan dari generasi sebelumnya maka, tidak perlu untuk menambah sebarang ilmu tentang KEWANGAN.
2) Tiada Struktur Organisasi yang Jelas
Orang Melayu tidak terdedah dan diajar tentang penubuhan organisasi ekonomi yang jelas, penerangan tentang aset, pelaburan dan menjaga kepentingan masing-masing.
3) Tiada Nilai dan Fungsi Optimum Duit
Generasi 1 & 2: Kebanyakan orang Melayu dari generasi selepas merdeka adalah orang susah. Anak-anak tidak dibiasakan memegang jumlah duit yang banyak, tidak diajar nilai serta fungsi duit. Apabila mendapat pinjaman belajar atau biasiswa, kejutan budaya berlaku dan mereka mula boros.
Generasi 3: Generasi ini mula memanjakan anak kerana berpendapat tidak mahu anak mengalami kesusahan sama seperti mereka lalui. Apa-apa sahaja yang diminta, diberikan tanpa usaha. Natijahnya, perkara sama berlaku iaitu mereka akan boros dan hanya tahu berbelanja.
Oleh sebab itulah, kekayaan orang Melayu tidak bertahan lama untuk generasi-generasi yang seterusnya. Mereka tidak dapat kekalkan kekayaan yang telah dibina oleh ayat atau datuk mereka.
4) Dididik Bekerja Bukan Berniaga
Kurang mengambil berat tentang ilmu cabang pekerjaan menyebabkan orang Melayu kekal berada pada tampuk yang sama. Kebiasaaan orang Melayu sejak merdeka untuk mereka melorongkan anak-anak belajar dan terus belajar bagi mendapat pekerjaan yang baik. Ilmu keusahawanan tidak menjadi satu cabang pekerjaan.
5) Inferiority Complex dan Siege Mindset
Hanya pada kata-kata bukan perbuatan untuk melihat anak bangsa berjaya. Hal ini kerana kurang sentimen, sokongan dan keyakinan terhadap mereka. Kononnya, jika membantu bangsa ini adalah perbuatan rasis tapi gagal berdepan realiti bahawa asas bagaimana semua bangsa di dunia berjaya di dalam bidang ekonomi pada awalnya.

6) Kurang Pendedahan kepada Pelaburan, Instrumen Kewangan dan Kelebihan Setiap Organisasi serta Percukaian
Segala instrumen dan pengurusan kewangan adalah penting. Oleh sebab kurang pendedahan tentang ilmu begini, maka perniagaan tersangkut dalam kitaran duit keluar dan masuk.
Masuk banyak.
Keluar banyak.
Setiap bulan.
7) Lambakkan Perniagaan Sama
Jom perhatikan sebentar! Apabila sesebuah syarikat kosmetik berjaya, maka berpusu-pusu mula masuk ke industri timbang kilo. Gerai-gerai makan di tepi jalan atau kedai-kedai lot di bangunan – 8 dari 10 kedai menjual menu atau produk yang sama. Akibatnya, berlaku perlumbaan dalam pemasaran sampai ada yang sanggup buat strategi yang ‘pelik-pelik’ dan menakutkan. Ditambah pula, berlaku persaingan yang mula masuknya strategi yang mem’buang’ harga kerana kurang inovasi.
8) Kurang Data untuk Mula Perniagaan
Kebanyakan mereka yang memulakan perniagaan atas dasar cuba-cuba dan tengok dulu. Ada juga yang berniaga kerana ajakan kawan. Tiada kajian terlebih dahulu dan hanya sekadar suka-suka. Pada akhirnya, untung sabut timbul, untuk batu tenggelam.
9) Kurang Tunjuk Ajar dari Mentor
Orang Melayu yang berjaya melalui Dasar Ekonomi Baru dahulu tidak membantu dan mewariskan kepada generasi baru untuk menjadi seperti mereka. Mereka kurang membantu dari aspek bantuan dana dan tunjuk ajar. Anak Melayu selepas 60 tahun merdeka masih lagi perlu menagih dana di bank-bank dan agensi-agensi dana kerajaan.
10) Cukai Kesilapan
Orang Melayu kekurangan dana. Ketika mereka membuka satu perniagaan kemudian tidak menjadi, modah terus habis. Kalau modal besar dan satu perniagaan tidak menjadi, mungkin boleh cuba buka pernigaaan kedua atau ketiga. Tetapi kurangnya modal menyukarkan anak-anak Melayu mengembangkan dan meluaskan rangkaian dan pasaran.
Sebenarnya, kalau dilihat dengan teliti, dengki atau diwarisi oleh generasi bukanlah punca ekonomi Melayu lemah. Kebanyakkan kita hanya meneruskan norma-norma pengetahuan, mentaliti dan kehidupan yang diwarisi daripada kemahuan ingin belajar sesuatu yg lebih mencabar dan baharu.
Masyarakat Melayu sememangnya mempunyai potensi untuk berjaya dan maju kerana kita tidak lemah tetapi kurang diberi tunjuk ajar dan ilmu yg betul sahaja sama ada dalam ekonomi mahupun pendidikan. Jadi, konotasi orang Melayu tidak pandai berniaga itu tidak betul sama sekali.
Artikel Lain
Feedback Klien Tentang Servis PETROLICENSE
APA KATA KLIEN? "KeTEPATan dan keCEKAPan PETROLICENSE dalam menguruskan permohonan lesen PETRONAS...
PETRONAS Bukan Sekadar Jual Minyak Petrol Sahaja..
Bila sebut pasal PETRONAS mesti orang duk ingat minyak petrol ja. Kalau yang advance sikit pun...
PLMS: Sebuah Sinar Baru Untuk Bisnes Anda
Masih ragu-ragu dengan PLMS? Jangan risau. Percayalah, kami akan sentiasa bersama anda dalam...


