4 Sektor Penting Menjadi Tumpuan PETRONAS Selain Minyak & Gas

oleh | Sep 19, 2023 | Bisnes | 0 Komen

PETRONAS merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia O&G (minyak dan gas). Pada tahun 2022, PETRONAS berada di tangga ke-8 dalam carta 10 teratas syarikat minyak paling bernilai di dunia dengan mencatat keuntungan sebanyak kira-kira RM57 billion pada tahun tersebut.

Walaupun begitu, sebenarnya jenama PETRONAS ini bukan sekadar terkenal di sektor minyak dan gas sahaja bahkan banyak lagi sektor dan perniagaan lain turut menjadi tumpuan PETRONAS dengan pelbagai inisiatif dan projek. Antaranya :

  1. Pendidikan dan Pembangunan Kemahiran
  • Universiti Teknologi PETRONAS – sebuah universiti swasta yang dibina pada 1997 oleh PETRONAS untuk memenuhi jemputan Kerajaan Malaysia bagi membina sebuah universiti.
  • Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) – membantu para pelajar lepasan SPM yang berkelayakan berpeluang melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang berkaitan industri minyak dan gas.
  1. Sosial dan Kebajikan
  • Yayasan PETRONAS – sewaktu negara bertungkus lumus melawan Covid-19, Yayasan PETRONAS telah memberi sumbangan peralatan dan bekalan perubatan bernilai RM20 juta bagi membantu hospital dan petugas barisan hadapan.
  1. Teknologi dan Penyelidikan
  • Pusat Kecemerlangan Kecerdasan Buatan (AI CoE) diwujudkan untuk mempercepatkan kemajuan teknologi AI ini menerusi kerjasama dengan jaringan rakan global seperti Baker Hughes, Boston Consulting Group (BCG) dan Microsoft.
  • Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global – pusat penyelidikan ultra moden yang dibina di Itali ini menjadi nadi dalam usaha inovasi PETRONAS dalam usaha teknologi produk minyak dan minyak pelincir.
  1. Perniagaan Peruncitan dan Pengedaran
  • Stesen minyak PETRONAS – rangkaian stesen minyak yang ada di seluruh negara bersekali dengan wujudkan kedai runcit yang disebut Kedai Mesra. 
  • Selain menjalankan aktiviti pengedaran petrol dan produk berkaitan, usahawan tempatan juga berpeluang menjalinkan kerjasama untuk mengembangkan produk masing-masing di sini.

Peranan PETRONAS dalam bekerjasama dengan sektor-sektor ini sering kali membantu pembangunan ekonomi Malaysia dan masyarakat setempat. Bagi syarikat yang berminat untuk bekerjasama dengan PETRONAS dalam sektor-sektor ini adalah penting untuk mencari peluang yang sesuai melalui komunikasi dan penyelidikan yang teliti.

Artikel Lain