Kembangkan Perniagaan Anda Bersama PETROLICENSE

oleh | Sep 19, 2023 | Bisnes | 0 Komen

Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS merupakan sebuah syarikat gergasi minyak dan gas nasional yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. Sejak diperbadankan, PETRONAS sangat pesat berkembang dengan mempunyai kepentingan perniagaan di puluhan buah negara.

Melalui semangat agar kekayaan negara dapat diusahakan dan dinikmati bersama rakyat, maka PETRONAS membuka peluang kepada sesiapa sahaja pendiri perniagaan yang mahu bekerjasama dengan PETRONAS menjadi vendor (pembekal) melalui Industri OGSE (Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas) Malaysia.

About Us Image

Hasrat PETRONAS sangat murni – mahu membentuk dan membantu para vendor OGSE ini agar dapat meningkatkan daya saing masing-masing untuk terus berkembang sehingga ke peringkat global di samping menjadi kunci pertumbuhan ekonomi negara serta dapat bersama-sama melindungi aset negara yang strategik.

Justeru, PETRONAS membangunkan sebuah program yang disebut Program Pembangunan Vendor (VDP). Program ini memberi fokus untuk memupuk vendor Bumiputera agar terus berdaya tahan dan mampan.

Apa objektifnya?

  • Kompeten Secara Teknikal
  • Nilai Komersial yang Menarik
  • Membangunkan Teknologi Buatan Sendiri
  • Memupuk Pertumbuhan
  • Melonjak ke Peringkat Antarabangsa
  • Tersenarai ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sebagai objektif masa panjang.

Transparent Logo

Menyedari kepada peluang yang begitu baik kepada syarikat-syarikat di Malaysia untuk menjadi vendor PETRONAS maka PETROLICENSE diwujudkan untuk menjadi pemudah cara.

PETROLICENSE adalah sebuah syarikat penasihat bebas yang menyediakan bantuan kepada mana-mana perniagaan untuk mendapatkan lesen PETRONAS. 

Syarikat anda berhak menentukan sama ada mahu memberi kepercayaan penuh kepada PETROLICENSE bersama risiko yang ada atau berurusan secara langsung dengan Seksyen Pendaftaran & Pelesenan PETRONAS.

JANGAN BERTANGGUH LAGI!

Ayuh dapat lesen yang sangat membantu anda untuk mengembangkan perniagaan. Bukan sahaja PETRONAS bahkan syarikat-syarikat yang memegang lesen ini mempunyai peluang untuk terus berkembang bersama Repsol, Sapura Energy, UMW dan banyak lagi.

Artikel Lain