Kejayaan PETRONAS Memberi Impak Kepada Vendor?

oleh | Sep 19, 2023 | Bisnes

Setakat tahun 2022, terdapat lebih 4,000 vendor berdaftar dengan PETRONAS dan ia membantu industri minyak dan gas untuk terus menyumbang kepada perolehan pendapatan negara. Persoalannya, adakah pemilikan vendor PETRONAS ini memberi impak kepada para vendor atau tidak? 

Sumber: Petronas.com

 

PETRONAS adalah satu entiti yang besar dan mempunyai pengaruh yang kuat. Oleh itu, kejayaan PETRONAS dari tahun ke tahun sebagai sebuah entiti minyak dan gas global sebenarnya memberikan kesan yang signifikan kepada vendor-vendor yang terlibat dengan syarikat ini. Berikut merupakan antara impak pemilikan vendor berlesen PETRONAS :

1) Akses kepada Pasaran Global

Kedudukan PETRONAS di peringkat antarabangsa membolehkan vendor-vendor yang terlibat dengan syarikat ini mendapat akses kepada pelbagai pasaran global di mana Petronas beroperasi. Ini membuka peluang baru bagi vendor untuk  memperluas perniagaan mereka ke pasaran yang lebih besar. Kejayaan PETRONAS dalam pelbagai projek dan operasi di seluruh dunia membuka peluang perniagaan yang berkembang bagi vendor. Ini termasuk kontrak jangka panjang, peluang kerjasama dalam projek-projek besar, dan peluang untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan Petronas.

2) Meningkatkan Kredibiliti dan Reputasi

Pemilikan lesen vendor PETRONAS, iaitu sebuah syarikat yang terkemuka dalam industri minyak dan gas membantu meningkatkan kredibiliti dan reputasi vendor di pasaran. Status ‘vendor PETRONAS’ ini memberikan keyakinan kepada pelanggan untuk bekerjasama dengan pihak vendor kerana mereka akan beranggapan bahawa produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh vendor memenuhi standard industri dan berkualiti.

3) Pembangunan Kemahiran dan Kapasiti:

PETRONAS komited dalam memberikan sokongan pembangunan kemahiran dan kapasiti vendor melalui Program Pembangunan Vendor (VDP). Skim pembangunan vendor adalah sebahagian daripada inisiatif PETRONAS untuk melonjakkan kebolehan syarikat tempatan dalam industri minyak dan gas di negara ini. Ini membantu vendor meningkatkan kebolehan mereka untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih berkualiti, seterusnya meningkatkan daya saing mereka di pasaran. Sehingga tahun 2018, VDP Petronas telah membantu 99 syarikat tempatan untuk meneroka industri dan dianugerahkan kontrak bernilai lebih daripada RM8.3 Billion.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa dengan kejayaan dan reputasi baik yang dimiliki oleh PETRONAS, vendor-vendor yang berkolaborasi dengan syarikat ini dapat merasakan manfaat jangka panjang dalam bentuk pertumbuhan perniagaan yang berkelanjutan dan peningkatan reputasi di pasaran global.

Artikel Lain