Dasar Ekonomi MADANI

oleh | Sep 19, 2023 | Bisnes

Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat adalah wadah mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.

Dalam kerangka Ekonomi Malaysia, ayuh kita rangkumkan dalam perkataan ‘MADANI’ itu sendiri:

M – Menaikkan Siling dengan Menjadi Peneraju Ekonomi Asia dan Menaikkan Lantai dengan Peningkatan Hidup Rakyat. 

Bagaimana caranya?

Rakyat, Kerajaan dan Industri memainkan peranan memperkasa ekonomi dengan semangat perpaduan, membanteras rasuah dan menyampaikan Ekonomi Madani dengan Sistem Penyampaian Awam yang Tangkas & Kolaboratif.

A – Agenda Serantau (ASEAN)

Integrasi Ekonomi Serantau menjadi kunci untuk melahirkan syarikat tempatan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

 

D – Destinasi Pelaburan Berdaya Saing Bertaraf Global

Malaysia akan menjadi hub pelaburan antarabangsa dan akan menyokong perkembangan syarikat tempatan.

 

A – Agenda Pendigitalan

Haa, ini yang ditunggu-tunggu pada zaman globalisasi kini!

Rangkaian 5G menjadi pemacu dalam aplikasi industri. Pelaksanaan ID Digital oleh syarikat amat digalakkan untuk mendapatkan geran padanan. 

 

N – Negara Menyediakan Rumah Mampu Milik Kepada Rakyat

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membangunkan model baharu pemilikan rumah kepada rakyat melalui Pelan Tindakan Perumahan Negara.

I – Infrastruktur Asas untuk Semua

  • Jalan Yang Menghubungkan Desa
  • Pengangkutan Awam Luar Bandar
  • Akses Air dan Elektrik
  • Internet Mampu Milik Buat Semua

 

Angka kemiskinan di Malaysia amat membimbangkan dan Ekonomi Madani akan mampu menaik tarafkan ekonomi Malaysia terutama kepada rakyat B40. Ekonomi yang Inklusif dan Seimbang mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap Malaysia. Bukan mudah dan cabaran yang mudah tetapi tidak mustahil dengan kerjasama semua pihak  – rakyat, kerajaan dan industri! 

Artikel Lain