7 Soal Jawab Tentang Bagaimana Sistem PLMS Ini Berfungsi?

oleh | Nov 22, 2023 | Bisnes

“Sebagai bisnes owner, saya dah faham tentang PLSM ni. Tapi, bagaimana sistem PLSM ini berfungsi?”

 

Jadi artikel ini menerangkan 7  soal jawab tentang bagaimana sistem PLMS ini berfungsi.

1. Adakah saya akan menerima pemberitahuan e-mel sekiranya terdapat kemaskini berkenaan dengan lesen saya?

 

Ya, pemberitahuan akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar.

2. Bagaimanakah saya hendak memantau status permohonan saya dalam PLMS?

 

Anda boleh melihat bar kemajuan untuk permohonan anda dalam PLMS. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk panduan pengguna pembekal PLMS kami di Vendor Portal Pengumuman.

3. Adakah sistem membenarkan satu pentadbir untuk mencipta dan mengurus pengguna yang lain?

 

Ya, dalam PLMS, pentadbir dapat membuat dan mengurus profil pengguna lain juga. Tiada masalah untuk itu.

4. Adakah saya boleh membuat pindaan kepada permohonan saya?

 

Ya, anda boleh membuat pindaan pada permohonan anda pada bila-bila masa sahaja sebelum penyerahan atau dalam kata lain sementara ia berada dalam status “Draft”.

5. Sekiranya saya ingin menambah wakil kuasa yang lain daripada bahagian lain ke dalam sistem (contohnya wakil kuasa daripada kewangan dan Ketua Pegawai Eksekutif), adakah ia dibolehkan?

 

Walaupun anda boleh menambah dan menetapkan pengguna baharu dalam PLMS, sangat disyorkan bahawa hanya kakitangan pelesenan yang berkaitan sahaja boleh diberi akses kepada akaun PLMS syarikat anda.

6. Adakah saya boleh menggunakan PLMS ini pada telefon bimbit saya?

 

PLMS boleh diakses oleh pengguna telefon mudah alih. Walau bagaimanapun, kami amat menyarankan anda untuk melaksanakan sebarang aplikasi atau kemaskini menggunakan komputer ataupun komputer riba untuk memastikan keterlihatan skrin yang penuh pada permohonan dan keperluan anda.

7. Adakah kita dapat melihat senarai Vendor yang diluluskan PETRONAS di dalam sistem?

 

Tidak sama sekali, maklumat ini adalah Private & Confidential (P&C). Ianya hanya kepada kakitangan perolehan PETRONAS sahaja.

 

Rujukan: PLMS FREQUENTLY ASK QUESTIONS (FAQs)

https://www.petronas.com/sites/default/files/uploads/downloads/PDF%20Files/PLMS%20FAQs%20(Sept%202020).pdf

 

Artikel Lain