7 Chit Chat Vendor Tentang Akses Sistem PLMS

Anda biz owner dan berminat untuk mendaftar vendor dengan PETRONAS tapi KURANG MAHIR dengan penggunaan akses sistem PLMS, kalau begitu artikel ini untuk anda!
1. Berapa banyak akaun yang boleh berdaftar dalam sistem PLMS?
Admin kepada ROS semasa anda akan dijemput sebagai admin PLMS. Selepas log masuk ke PLMS, admin kemudian boleh menjemput pengguna tambahan untuk mengakses PLMS dan tiada had untuk bilangan tambahan pengguna. Walau bagaimanapun, kami amat mencadangkan untuk mengehadkan penciptaan profil kepada kakitangan terpilih sahaja dalam sesebuah syarikat untuk memastikan aktiviti pelesenan anda diuruskan dengan betul. Ia sepatutnya seorang Pentadbir Pembekal yang akan bertanggungjawab untuk penciptaan dan pengurusan akses pengguna untuk syarikat.
2. Adakah pengguna mempunyai akses kepada semua fungsi dalam sistem atau akan ada beberapa pengasingan peranan pengguna?
Ok begini, dalam PLMS ni terdapat 2 jenis peranan pengguna pembekal:
- Pentadbir Pembekal – dapat melaksanakan semua aktiviti termasuk akses kepada Pengurusan Pengguna.
- Kewangan Pembekal – mampu melaksanakan pembayaran yuran lesen.
3. Adakah vendor dikehendaki mengemas kini kata laluan setiap 30 hari?
Tidak perlu pun sebenarnya, vendor tidak perlu mengemaskini kata laluan mereka setiap 30 hari. Walau bagaimanapun, ia adalah satu praktikal yang baik untuk menukar kata laluan anda atas tujuan keselamatan.
4. Berapa ramai orang yang boleh mengakses akaun yang sama pada masa yang sama?
Satu akaun pengguna hendaklah didaftarkan di bawah satu orang yang dikenal pasti oleh syarikat vendor untuk mengakses PLMS. Setiap vendor dinasihatkan untuk tidak berkongsi akaun pengguna dengan orang lain. Pengguna tambahan akaun boleh dibuat oleh Pentadbir Pembekal jika diperlukan. Berbilang akaun pengguna boleh akses kepada PLMS pada masa yang sama. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di Panduan Pengguna Pembekal PLMS kami di Portal Pengumuman Vendor kami.
5. Bolehkah kami menggunakan alamat e-mel secara berkumpulan (pool) yang dimajukan secara automatik kepada beberapa kakitangan?
Sejujurnya, kami sangat menasihatkan kepada anda untuk TIDAK menggunakan alamat e-mel secara berkumpulan bagi memastikan keselamatan maklumat syarikat anda berkenaan permohonan lesen/pendaftaran ini bertanggungjawab ke atas orang yang boleh mengakses dan menyelenggara maklumat syarikat anda sahaja.
6. Adakah saya boleh mengakses PLMS daripada luar negara juga?
Ya sudah tentu! Anda boleh mengakses sistem PLMS di mana-mana bahagian dunia selagi anda mempunyai akses internet.
7. Adakah terdapat log masuk yang berbeza untuk PLMS dan SMART oleh GEP®?
Ya semestinya, kerana PLMS dan SMART by GEP® adalah dua sistem berasingan.
Rujukan: PLMS FREQUENTLY ASK QUESTIONS (FAQs)
Artikel Lain
Feedback Klien Tentang Servis PETROLICENSE
APA KATA KLIEN? "KeTEPATan dan keCEKAPan PETROLICENSE dalam menguruskan permohonan lesen PETRONAS...
PETRONAS Bukan Sekadar Jual Minyak Petrol Sahaja..
Bila sebut pasal PETRONAS mesti orang duk ingat minyak petrol ja. Kalau yang advance sikit pun...
PLMS: Sebuah Sinar Baru Untuk Bisnes Anda
Masih ragu-ragu dengan PLMS? Jangan risau. Percayalah, kami akan sentiasa bersama anda dalam...


