9 Perkara Yang Biz Owner Perlu Tahu Tentang PLMS

Kepada biz owner di luar sana yang nak menjadi vendor PETRONAS tapi masih belum familiar dengan PLMS, haa artikel ini untuk anda. Sila baca, faham dan hadamkan ya!
1) Anda perlu tahu yang lesen & pendaftaran semasa anda tidak akan terjejas.
2) Permohonan dan pembaharuan untuk PLMS ini dilakukan melalui sistem dalam talian, yang prosesnya sama seperti ROS. Oleh itu, anda tidak perlu menyediakan sebarang salinan cetak yang berbentuk hardcopy.
3) Tiada tarikh luput untuk permohonan anda yang tidak lengkap atau masih dalam status draft.
4) Anda tidak perlu untuk memohon semula lesen anda kerana profil dan lesen syarikat semasa anda akan dipindahkan ke PLMS.
5) Anda tidak perlu lagi menggunakan ROS kerana sebarang kemaskini lanjut pada maklumat pelesenan & pendaftaran anda boleh dilakukan di PLMS. Selain itu, akses anda kepada ROS akan dilupuskan selepas lesen PLMS anda telah dihidupkan.

6) Akses anda kepada SUS masih akan kekal aktif kerana anda mungkin masih menerima jemputan ke RFx untuk melaksanakan pengakuan PO dan penyerahan invois.
7) Implementasi PLMS tidak akan menjejaskan kesahihan lesen pembekal. Bagi lesen yang akan tamat tempoh pada bulan Mei, Jun dan Julai, PETRONAS telah melanjutkan tarikh tamat tempoh semasanya sebanyak 4 bulan ke hadapan. Semua permohonan pembaharuan perlu dilakukan dalam PLMS sebaik sahaja sistem dilancarkan pada pertengahan Jun 2020.
8) Disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang pernah melanda negara kita, PETRONAS mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko jangkitan di kalangan pekerja kami dan pelawat ke premis pejabat kami. Ini untuk memastikan kesinambungan perniagaan dalam keadaan sihat dan selamat. Maklumat dan pertanyaan mengenai lesen dan pendaftaran PETRONAS masih tersedia menggunakan dua saluran berikut:
1) Talian bebas tol: 1-800-88-0011 atau
2) E-mel: lrs_enquiries@petronas.com
9) Jumlah pembayaran lesen masih kekal sama dan tiada perubahan.
Amacam, semakin jelas? Apa tunggu lagi, jom mendaftar menjadi sebahagian daripada vendor PETRONAS sekarang! Jangan tunggu lagi tau!
Rujukan: PLMS FREQUENTLY ASK QUESTIONS (FAQs)
Artikel Lain
Feedback Klien Tentang Servis PETROLICENSE
APA KATA KLIEN? "KeTEPATan dan keCEKAPan PETROLICENSE dalam menguruskan permohonan lesen PETRONAS...
PETRONAS Bukan Sekadar Jual Minyak Petrol Sahaja..
Bila sebut pasal PETRONAS mesti orang duk ingat minyak petrol ja. Kalau yang advance sikit pun...
PLMS: Sebuah Sinar Baru Untuk Bisnes Anda
Masih ragu-ragu dengan PLMS? Jangan risau. Percayalah, kami akan sentiasa bersama anda dalam...


