Pengerang Integrated Complex (PIC) Sebuah Sinar Baru

oleh | Nov 28, 2023 | Bisnes

Benarkah Malaysia di ambang muflis? 

Kalau anda nak tahu, pelaburan US$7 billion Saudi Aramco di Kompleks Bersepadu PETRONAS Pengerang di Johor, adalah bukti utama bahawa Malaysia tidak berada di ambang muflis.

Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, “Adalah mustahil syarikat minyak milik kerajaan Arab Saudi itu komited dengan pelaburan yang begitu besar di negara yang akan muflis.” Beliau berkata dalam ucaptamanya di Forum Transformasi Global 2017 pada 22 Mac 2017 yang lalu.

Lega sikit dengar kan? By the way, apa itu Kompleks Bersepadu PETRONAS Pengerang ni?

Jadi artikel kali ini akan menceritakan serba sedikit berkenaan Kompleks Bersepadu PETRONAS Pengerang di Johor ini. Ataupun dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Pengerang Integrated Complex (PIC).

Secara asasnya, PIC ini menyatupadukan loji penapisan, steam cracker dan petrochemical plants dengan kapasiti untuk menyediakan bekalan bahan suapan yang boleh dipercayai.

Kompleks penapisan dan loji petrokimia terpilih ini dimiliki dan dikendalikan oleh Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Sdn Bhd (juga dikenali sebagai PRefChem), sebuah usaha sama antara PETRONAS dan Saudi Aramco.

PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC) selaku Pemaju Taman dan Pengurus Taman akan memastikan semua operasi dan aktiviti dalam PIC ini dijalankan dengan selamat dan lancar. Mereka juga memastikan bahawa PIC sentiasa dilindungi daripada sebarang ancaman dan bahaya yang boleh menjejaskan fungsi dan operasi kompleks ini. 

PRPC diberi mandat sebagai one-stop-centre untuk pelaburan, memberikan penyelesaian dan nasihat mengenai keperluan kerajaan dan peraturan kepada perancangan tapak dan penyatupaduan dalam PIC. 

Yang bestnya, PRPC juga komited kepada piawaian kesihatan, keselamatan, keselamatan dan alam sekitar (HSSE) tertinggi dan dipandu oleh agenda kemampanan PETRONAS.

Untuk bacaan lanjut berkenaan Pengerang Integrated Complex (PIC), boleh klik di pautan

https://www.petronas.com/pic/about-pic/prpc

Artikel Lain