⚠️PENAFIAN: PETROLICENSE adalah sebuah firma penasihat bebas yang menyediakan bantuan kepada mana-mana perniagaan untuk mendapatkan lesen PETRONAS. 

⚠️PENAFIAN: PETROLICENSE adalah sebuah firma penasihat bebas yang menyediakan bantuan kepada syarikat-syarikat untuk mendapatkan lesen PETRONAS

REALISASIKAN IMPIAN

Sejak 70-an lagi, industri Minyak & Gas atau Oil & Gas Services & Equipment (OGSE) telah menjadi teras kepada ekonomi Malaysia. Menceburi perniagaan dalam industri ini sentiasa memberikan pulangan yang lumayan. Ditambah pula dengan keperluan masa hadapan kepada tenaga lestari bagi menangani perubahan iklim dunia, peluang dalam industri ini amat berpotensi besar. Justeru, tanggungjawab PETROLICENSE adalah membantu perusahan terutamanya syarikat tempatan mendapatkan lesen PETRONAS.

Menjadi vendor PETRONAS yang sah adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan peluang projek atau sekurang-kurangnya terlibat dalam proses bidaan atau tender. Selain daripada projek-projek yang dijalankan oleh PETRONAS, pemegang lesen juga boleh memperolehi peluang perniagaan dengan anak-anak syarikat PETRONAS dan Petroleum Arrangement Contractors (PAC) yang lain.

Berminat?

Tentang Kami

Dunia perniagaan sentiasa bergerak pantas. Kami sedia membantu mempercepatkan perniagaan anda dalam proses mendapatkan lesen PETRONAS.

Kami Bantu Anda

Menjadi vendor PETRONAS kini lebih mudah dengan adanya PETROLICENSE.

KHIDMAT KONSULTASI

DIAGNOSIS STATUS PERNIAGAAN

PENYEDIAAN DOKUMEN

PENYERAHAN PERMOHONAN

Servis yang dijalankan selain dari konsultasi

Membantu syarikat-syarikat mendapatkan lesen PETRONAS, tidak terhad kepada:

  1. Mendiagnosis kelayakan asas syarikat
  2. Mencadangkan Standard Work & Equipment Code (SWEC) yang sesuai dengan status syarikat
  3. Menyusun strategi permohonan lesen mengikut status semasa syarikat
  4. Membantu menyediakan dokumen-dokumen asas

 

Tidak termasuk:

  1. Membantu usahawan IKS meletakkan barang di Kedai Mesra atau PETRONAS Service Station (PSS) atau mana-mana stesen minyak PETRONAS.
  2. Menawarkan projek atau membantu mendapatkan kontrak atau tender dari PETRONAS serta anak-anak syarikatnya ataupun dari operators dan Petroleum Arrangement Contractors (PACs).

Menawarkan khidmat nasihat untuk mendapatkan lesen-lesen pre-requisite  seperti CIDB dan lain-lain

Peluang Terkini

Ikuti kami

Dapatkan maklumat terbaru di saluran media PETROLICENSE.