#BMF, Bumiputera dan Vendor Petronas

oleh | Nov 28, 2023 | Bisnes

Hari ini topik “Buy Muslim First” atau #BMF semakin hangat dibincangkan dalam kalangan masyarakat bumiputera Malaysia. Ianya kembali hangat selepas Malakat Mall mengadakan Majlis Pelancaran Kempen BMF Global pada 11 November 2023 yang lalu. Adalah lebih baik kalau kita lihat isu ini dari sudut pandang productivity, capability dan jugak reliability supaya ianya tidak menjadi hangat-hangat tahi ayam seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Bukan bermaksud kita nak memperlekehkan kemampuan mana-mana bangsa atau golongan, bukan juga untuk mengangkat atau mengagung-agungkan kelompok yang lain pula.

Bila bercakap soal sektor Oil & Gas atau lebih tepat kita panggil Oil & Gas Services and Equipment (OGSE) di Malaysia ni, semestinya ia banyak memberi kelebihan kepada bumiputera. Ini kerana PETRONAS selaku ‘custodian’ untuk menerajui sektor ni tertakluk dengan Akta Petroleum Development Act (1974) & Petroleum Regulation 1974, dimana lesen PETRONAS dan 95% kod-kod bidang atau dalam PETRONAS kita panggil Standard Work & Equipment Category (SWEC) code hanya boleh dimiliki oleh syarikat yang milikan bumiputeranya adalah sekurang-kurangnya 51% daripada keseluruhan equity syarikat. 

Maksud kata lain, majoriti pegangan sahamnya dimiliki oleh bumiputera. Bukan itu sahaja, komposisi bumiputera dalam satu-satu syarikat akan diambil kira baik dari segi ekuiti, jumlah board of director, management team dan pekerja.

Terdapat lebih 1000 SWEC code yang kita boleh pilih, samada kategori produk atau servis. Jangan tersilap, bila cakap pasal OGSE ni, bukan hanya kerja-kerja engineering sahaja. Business semudah potong rumput pun ada. Catering pun ada, siap ada onshore & offshore catering lagi. Job cuci-cuci pun ada, bahkan cuci kapal pun ada, bukan biasa-biasa ya. In fact, less competitive berbanding bidding untuk tender government yang ramai players (not applicable to all).

Untuk permulaan, ambillah SWEC yang general, yang tiada prerequisites, atau kita panggil Minimum Technical Requirements (MTR). Kalau yang ada MTR tu, kita panggil strategic SWEC, yang ni yang susah dan banyak evaluation nanti. Bahkan, kebanyakkan job-jobnya pun susah dan lebih teknikal. Tiada limit untuk kita ambil SWEC code tu. 

Seperkara lagi, anda nak manage performance rating company anda dalam sistem PETRONAS pun lebih mudah. Tapi ingat, tidak boleh ada pertindihan SWEC code untuk lain-lain syarikat ya. Maksudnya, shareholder dan director untuk satu-satu syarikat, tidak boleh mempunyai SWEC code yang sama dalam syarikat lain. 

Jadi, tunggu apa lagi? Jom ceburkan syarikat anda dalam bidang OGSE! Sengaja artikel kali ini dikarang secara santai supaya tidak berat dibaca & lebih beremosi. Mudah-mudahan ianya membuahkan tindakan yang tuntas dan segera, Mudah-mudahan juga semakin ramai orang kita terutamanya yang muslim mempelopori bidang ini, tidak lagi ketinggalan & mencontohi syarikat-syarikat orang kita yang sudahpun berjaya dalam sektor ini.

Ayuh bersama menjadi vendor PETRONAS hari ini!

Rujukan: 

  1. #BMF, Bumiputera dan Vendor Petronas

https://aminjailani.talenta.com.my/2019/10/08/bmf-bumiputera-vendor-petronas/

  1. New SWEC List (27 January 2023)

https://www.petronas.com/sites/default/files/uploads/content/2023/New%20SWEC%20List%20(27%20January%202023).pdf

Artikel Lain