GENTARI : Melaksanakan Tenaga Bersih

Sebagai pemain industri tenaga di peringkat global, PETRONAS bercita-cita untuk mencapai tahap pelepasan karbon pada kadar sifar bersih menjelang 2050 serta memberikan tenaga yang lebih bersih dan lebih rendah karbon kepada semua manusia di seluruh dunia, maka terciptalah GENTARI.
Apa itu GENTARI?
GENTARI adalah sebuah syarikat industri tenaga bersih yang memfokuskan kepada penyelesaian kadar sifar bersih. GENTARI telah dilancarkan oleh PETRONAS pada September 2022 yang lalu khusus untuk memberikan penyelesaian tenaga mampan (sustainable energy) sekaligus menyediakan peluang-peluang pekerjaan dalam operasi peralihan tenaga ini.

Basically GENTARI ini adalah akronim kepada gabungan singkatan bagi dua patah perkataan. Perkataan pertama diambil daripada perkataan Inggeris iaitu “GENERATION” atau “TO GENERATE” manakala perkataan kedua pula diambil daripada perkataan Melayu iaitu “LESTARI” yang membawa maksud kekal, tetap dan terpelihara.
GENTARI menawarkan penyelesaian karbon rendah melalui tiga teras utama:
- Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy)
- Hidrogen (Hydrogen)
- Mobiliti Hijau (Green Mobility)

Dalam jangka masa yang panjang, GENTARI menyasarkan untuk menjadi penyedia penyelesaian sifar bersih bersepadu dengan menghubungkan perniagaan-perniagaan dan menjadikan perjalanan ke arah sifar bersih dengan lebih mudah.
GENTARI akui bahawa kerjasama antara pelbagai pihak daripada pemain industri dan penggubal dasar adalah sangat penting untuk memastikan usaha ke arah masa depan rendah karbon dapat dicapai.

PETRONAS sangat menggalakkan OGSE untuk merebut peluang yang muncul ini. Selain itu juga, adalah sangat penting bagi pemain industri untuk menyesuaikan diri, meningkatkan dan melangkah keluar untuk kekal berdaya saing dan berdaya tahan pada tahun-tahun yang mendatang.
Rujukan:
- Petronas Activity Outlook 2023-2025
- Gentari | Putting Clean Energy into Action
https://www.youtube.com/watch?v=j4v2wr0z7wA
- What if the world is powered by clean energy? | Gentari
https://www.youtube.com/watch?v=_jJI8PrEqrg
- Home – Gentari | Putting Clean Energy Into Action
Artikel Lain
Feedback Klien Tentang Servis PETROLICENSE
APA KATA KLIEN? "KeTEPATan dan keCEKAPan PETROLICENSE dalam menguruskan permohonan lesen PETRONAS...
PETRONAS Bukan Sekadar Jual Minyak Petrol Sahaja..
Bila sebut pasal PETRONAS mesti orang duk ingat minyak petrol ja. Kalau yang advance sikit pun...
PLMS: Sebuah Sinar Baru Untuk Bisnes Anda
Masih ragu-ragu dengan PLMS? Jangan risau. Percayalah, kami akan sentiasa bersama anda dalam...


