PETRONAS Bukan Sekadar Jual Minyak Petrol Sahaja..

Bila sebut pasal PETRONAS mesti orang duk ingat minyak petrol ja. Kalau yang advance sikit pun mesti orang duk nampak Kedai Mesra ja. Ini semua sebab dua benda tu ja yang acap kali kita didedahkan sejak zaman kita minum pakai botol lagi.
Sebenarnya, PETRONAS ni is more than that!
Tahu tak, di Malaysia sahaja PETRONAS mempunyai lebih daripada 104MWp aset solar yang berada dalam fasa operasi dan pembangunan.

Pertama, Project Voltages Renewables Snd Bhd yang bertempat di Kawasan Perindustrian Gebeng Fasa 3, Kuantan, Pahang, Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui “REPPA” dengan syarikat pada 31 Mei 2013 di bawah mekanisme “FiT” Feed-in-Tariff Kerajaan Malaysia. Loji solar telah mencapai dua Tarikh Operasi Komersial “COD” pada 24 November 2013 dan 21 Januari 2014.

Kedua, Projek Suria KLCC di Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan menggunakan skim Feed-in-Tariff (FiT), projek Suria KLCC merupakan Pemasangan PV Solar tunggal terbesar di Malaysia di mana ia dipasang di atas bumbung pusat beli-belah. Projek ini juga telah memenangi naib juara pertama dalam Kategori Komersial Berasaskan Grid bagi Anugerah Tenaga Asean 2013 yang berprestij. Tenaga yang dijana daripada sistem ini membekalkan 30 peratus keperluan tenaga Suria KLCC dan membantu mengurangkan pelepasan gas Karbon dioksida rumah hijau dengan lebih kurang 360 tan setahun.
Ketiga, Projek Tesco Fasa 1 di empat buah lokasi di Malaysia iaitu Tesco (Lotus’s) Mergong, Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah, Tesco (Lotus’s) Stargate, Susuran Stargate, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Tesco Extra (Lotus’s Extra) Bukit Puchong, Bandar Bukit, Puchong, Selangor dan Tesco (Lotus’s) Jitra, Kompleks Perniagaan, Jalan Aman, Jitra, Kedah. Masing-masing projek ini dengan kapasiti 1,045 kWp, 386 kWp, 671 kWp dan 437kWp.

Keempat, Projek Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings (MMHE) Berhad berlokasi di West Yard, Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Projek MMHE ialah Pemasangan Solar Atas Bumbung Terbesar di Malaysia dalam satu kompaun yang telah dipasang oleh M+ oleh PETRONAS di mana perjanjian itu akan berlangsung selama 21 tahun sehingga 2042. Dengan menggunakan skim SELCO, 18,720 unit panel PV solar dengan saiz keseluruhan 440,496 kaki persegi ini akan menyediakan tenaga untuk 8 bangunan di MMHE West yang secara kolektif akan menjana anggaran 10,000 megawatt jam (MWj) tenaga bersih setiap tahun. Ini berjumlah 132,000 tan pelepasan karbon yang dikurangkan sepanjang 21 tahun yang bersamaan dengan penanaman 2 juta pokok.
Kelima dan terakhir, Projek Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di Seri Iskandar, Perak, Malaysia. Tapak Suria UTP yang menggunakan skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) juga merupakan satu lagi projek dalaman yang dilakukan oleh PETRONAS. Projek UTP ini dijangka menjadi bumbung solar tunggal terbesar di Asia Tenggara.
Rujukan: Local Project | M+ by PETRONAS
Artikel Lain
Feedback Klien Tentang Servis PETROLICENSE
APA KATA KLIEN? "KeTEPATan dan keCEKAPan PETROLICENSE dalam menguruskan permohonan lesen PETRONAS...
PLMS: Sebuah Sinar Baru Untuk Bisnes Anda
Masih ragu-ragu dengan PLMS? Jangan risau. Percayalah, kami akan sentiasa bersama anda dalam...
Pengerang Integrated Complex (PIC) Sebuah Sinar Baru
Benarkah Malaysia di ambang muflis? Kalau anda nak tahu, pelaburan US$7 billion Saudi Aramco di...


