PLMS: Sebuah Sinar Baru Untuk Bisnes Anda

Masih ragu-ragu dengan PLMS? Jangan risau. Percayalah, kami akan sentiasa bersama anda dalam proses anda untuk mendaftar sebagai vendor PETRONAS. Kami akan bantu pasukan anda sehabis baik seumpama seorang abang yang mengajar adiknya subjek Matematik. Kejaayaan anda dalam mendapatkan lesen sebagai vendor PETRONAS adalah satu kepuasan buat kami juga.
Kami akan melibatkan diri dan menjalankan latihan yang berkaitan untuk pasukan anda sekiranya anda benar-benar memerlukan. Ataupun sebagai alternatif, sila layari Portal Pengumuman Vendor PETRONAS untuk butiran lanjut.
Selain itu, PLMS juga akan wujudkan sesi webinar yang dijadualkan untuk tujuan latihan.

Di samping itu, sesi Onboarding Vendor juga akan diadakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sesi ini akan menyertakan bahan yang berkaitan tentang cara mengakses dan melibatkan diri anda dengan PLMS. Maklumat lanjut akan dimaklumkan pada masa yang ditetapkan.
Yang paling penting, terdapat pasukan sokongan PETRONAS yang berdedikasi untuk membantu pasukan anda berkenaan sebarang pertanyaan mengenai PLMS. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar e-mel kepada lrs_enquiries@petronas.com atau anda boleh hubungi Pusat Perhubungan PETRONAS kami di 03-2331 3330.
Last but not least, kami juga telah menyediakan panduan pengguna PLMS untuk rujukan pembekal dan pembelajaran kendiri. Anda boleh mendapatkan panduan pengguna pada Portal Pengumuman Vendor. Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghantar e-mel kepada lrs_enquiries@petronas.com.
Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh mendapatkan lesen sebagai vendor PETRONAS. Kami bersedia membantu team anda!
Rujukan: PLMS FREQUENTLY ASK QUESTIONS (FAQs)
Artikel Lain
Feedback Klien Tentang Servis PETROLICENSE
APA KATA KLIEN? "KeTEPATan dan keCEKAPan PETROLICENSE dalam menguruskan permohonan lesen PETRONAS...
PETRONAS Bukan Sekadar Jual Minyak Petrol Sahaja..
Bila sebut pasal PETRONAS mesti orang duk ingat minyak petrol ja. Kalau yang advance sikit pun...
Pengerang Integrated Complex (PIC) Sebuah Sinar Baru
Benarkah Malaysia di ambang muflis? Kalau anda nak tahu, pelaburan US$7 billion Saudi Aramco di...


