⚠️PENAFIAN: PETROLICENSE adalah sebuah firma penasihat bebas yang menyediakan bantuan kepada syarikat-syarikat untuk mendapatkan lesen PETRONAS
TENTANG KAMI
GERBANG UNTUK MENEROKA SEKTOR MINYAK & GAS MALAYSIA
PANTAS, STRATEGIK DAN efektif
PETROLICENSE adalah sebuah firma penasihat bebas yang menyediakan bantuan kepada mana-mana perniagaan untuk mendapatkan lesen PETRONAS. Syarikat anda berhak menentukan sama ada mahu memberi kepercayaan penuh kepada kami bersama risiko yang ada atau berurusan secara langsung dengan Seksyen Pendaftaran & Pelesenan PETRONAS.
Peluang untuk menjadi pembekal PETRONAS tidak seharusnya diabaikan oleh mana-mana perniagaan. Peluang ini tidak terhad dengan PETRONAS sahaja, malah setiap pemegang lesen berpeluang mengembangkan perniagaan bersama Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) yang lain seperti Repsol, Sapura Energy, UMW, dan banyak lagi.
Ayuh bersama kami, kami akan pastikan setiap permohonan lesen adalah Pantas, Strategik dan Berkesan.
Pantas
Dunia perniagaan sentiasa bergerak pantas. Kami sedia membantu mempercepatkan perniagaan anda dalam proses mendapatkan lesen daripada pengendali Minyak dan Gas Malaysia.
Setiap langkah sentiasa dipantau, berdasarkan Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang terbukti.
Strategik
Proses bermula dengan melakukan diagnosis kepada status syarikat, menyediakan dokumen dan menyerahkan permohonan.
Walaupun syarikat anda masih baru, kami berkemampuan untuk membantu anda mematuhi setiap syarat dan peraturan.
Syarikat-syarikat bukan dari Malaysia akan menikmati rakan kongsi tempatan baru melalui inisiatif padanan perniagaan kami sebagaimana yang diperlukan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA1974).
Efektif
Kami memberikan nasihat mengenai pendekatan yang paling berkesan dalam mematuhi syarat mendapatkan lesen – mengurangkan kemungkinan untuk permohonan ditolak.
Setelah diluluskan, kami akan berkongsi pengetahuan berdasarkan pengalaman kami dalam proses sebut harga (tender) kepada anda untuk anda memulakan langkah pertama dalam industri OGSE ini.